Pages

Wednesday, May 15, 2013

Jepun - Untouchable

  • Title: アンタッチャブル
  • Title (English): Untouchable
  • Format: Renzoku
  • Genre: Mystery, comedy
  • Episodes: 9
  • Viewership rating: 8.2 (Kanto)
  • Broadcast network: TV Asahi
  • Broadcast period: 2009-Oct-16 to 2009-Dec-18
Sinopsis:

Narumi Ryoko telah dibuang kerja dari syarikat penerbitan terkenal dan terpaksa bekerja di syarikat penerbitan bertaraf rendah yg hanya menyiarkan skandal-skandal sahaja. Di sana dia menyiasat setiap skandal sehingga terjerumus ke dlm organisasi rahsia yg berbahaya.

mula-mula sekali nak tanya, siapa jahat dlm cerita ni?
kalau nak tahu, mmg kena tengok sampai habis..
adalah 2 episod sebelum tu dah boleh teka siapa jahat..
tapi tengok sampai habis, baru faham rasanya... :)

drama-drama sekarang ni lebih terarah kepada crime organization yg ditubuhkan utk mengubah dunia, negara, dan mcm-mcm lagi yg dianggapkan tidak sempurna..

tiada benda yg sempurna melainkan-Nya..
itu pasti..

seperti biasa, watak utama ni mmg tak boleh diubah
kebanyakan cerita yg dia berlakon, mesti macam sewel-sewel skit.. :)

reporter...
tugas utama sepatutnya melaporkan cerita-cerita benar..fakta..
tapi disebabkan segelintir mereka yg gila glamour, masyarakat dah pandang rendah kerjaya ini..
itupun majalah mengarut masih lagi laku.. Mangga..
saya suka makan mangga tapi tak suka langsung majalah Mangga..!
ini penghinaan terbesar terhadap buah mangga yg sedap...!!

di negara mana pun akan ada syarikat yg keluarkan majalah mengarut
kita sebagai pengguna kena tunjukkan kepandaian kita..
zaman sekarang dah makin ramai yg pandai..
sebab tu majalah agama makin laku di pasaran.
alhamdulillah.. :)

berbalik kpd drama tadi, wartawan sepatutnya tidak takut melaporkan benda yg betul
dan jgn sesekali laporkan berita fitnah..
memanglah sedap duit masuk..
tapi taktaulah sedap ke tidak nak menjawab di sana nanti..

Wartawan, 
Jadilah org mulia sbg contoh tauladan kepada semua..

Apa-apapun drama ni best

Selamat Menonton..!

Lamanya tak kemaskini....~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

tahun 2013 takde update  langsung ye??!!
taklah malas sgt..
cuma tak berkesempatan shj..
sgt sibuk dgn hal-hal kerja dan keluarga

tambah pulak aktiviti mingguan berbadminton dgn keluarga
mmg betul-betul nak berubah ke arah kesihatan dan kesejahteraan hidup ni.. :)
mula-mula target  nak turunkan berat badan..
tapi sbb dah biasa aktif dari zaman sekolah sampailah ke U, mmg tak rasa beban pun..
enjoyyyyy  sangat....

drama-drama Jepun pun mmg dah bertambah byk lah koleksinya..
cuma tak sempat nak update..
lepas habis satu siri, layan siri lain pulak
bila nak menulis, takde idea/ terlupa drama tu pasal apa..

sekarang pun sibuk dgn restructure di pejabat.
akan lebih banyak kerja dari sebelum ini
tapi saya seorang yg sukakan cabaran..
come on...! :)
drama Jepun ape yg best sekarang ni?
nanti kita update lain ye..

Friday, December 28, 2012

Jepun - Kimi Hannin Janai Yo Ne?

  • Title: キミ犯人じゃないよね?
  • Title (romaji): Kimi Hannin Janai yo ne?
  • Also known as: Aren't You a Criminal?
  • Format: Renzoku
  • Genre: Mystery, comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership ratings: 8.9
  • Broadcast network: TV Asahi
  • Broadcast period: 2008-Apr-11 to 2008-Jun-13
  • Air time: Friday 23:15
  • Theme song: Super Looper by YA-KYIM 
Sinopsis:
Morita Sakura ialah seorang pekerja separuh masa yg bercita-cita utk menjadi penulis novel misteri. Dia menjadi pembantu kepada seorang detektif kaya yg meyakini kebolehannya utk menyiasat.

lebih kurang mcm Unobore Deka lah
cuma kali ni, watak utama ialah perempuan..
detektif tu yg asyik jatuh cinta dgn suspek..
tak membantu langsung..ahhaa


kes yg tidak heavy..
dah tahu awal-awal siapa penjenayah..
yg kena fikir ialah cara dan motif pembunuhan.

kasi relaks kepala, oklah 
watak heroin pun comel... :)

Selamat Menonton.!

Jepun - Mop Girl

  • Name: モップガール
  • Title (English): Mop Girl
  • Format: Renzoku
  • Genre: Mystery, fantasy, comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership ratings: 10.2 (Kanto)
  • Broadcast network: TV Asahi
  • Broadcast period: 2007-Oct-12 to 2007-Dec-14
  • Air time: Friday 23:15
  • Theme song: Destination Nowhere by ERIKA
Sinopsis:
Momoko, pekerja di syarikat perkhidmatan pengebumian yg menggunakan mop utk membersihkan tempat kejadian jenayah. Dia mempunyai kebolehan untuk kembali ke masa lampau bagi menyelamatkan mereka yg terlibat dgn kejadian jenayah.

kawaii........ :)
heroin ialah pelakon utama LADY..
rasanya dia mmg suka berlakon cerita penyiasatan..
yg paling penting, suka Tanihara Shosuke berlakon..hahaa

dah lama usha DVD ni di kedai
tapi tak berani beli sbb nmpk mcm tak best
sekali dah beli, mmg layan lah..

ability yg memenatkan
prevent kejadian jenayah menjadi lebih buruk
mengelakkan attempted murder bertukar kepada murder
yela..kalau dah tau kes besar nak jadi, takkan nak diam je kan?
mestilah nak tunjuk hero skit...

tertarik dgn watak Otomo yg pandai menggunakan pelbagai bahasa spt Spanish, French, dll
ianya semata-mata nak mengorat...!
slanga pun dengar sedap je..
kalau ada kemahuan, apa pun boleh jadi..

kalau boleh kita semua nak ada mcm-mcm power
nak jadi mcm Superman, Spiderman..
tapi seorang yg berilmu, boleh menjadi lebih hebat dari semua superheroes
yg penting, ilmu itu digunakan utk kebaikan..
Ironman tu boleh dijadikan contoh superhero yg pandai tak? hehe

Selamat Menonton..!

Thursday, December 27, 2012

Jepun - Odoru Daisousasen

  • Title: 踊る大捜査線
  • Title (romaji): Odoru Daisousasen
  • Also known as: Police Investigation Headquarters / Rhythm and Police / Bayside Shakedown
  • Genre: Comedy, mystery
  • Episodes: 11 episodes, 3 specials, 4 movies
  • Viewership rating: 23.1
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 1997-Jan-07 to 1997-Mar-18
  • Theme song: Love Somebody by Oda Yuji with Maxi Priest
Sinopsis:
Mengisahkan seorang jurujual IT yg mengubah kerjayanya kepada seorang detektif dan menentang birokrasi yg wujud di organisasi polis Jepun.

kali pertama tgk lelaki ni berlakon
cerita ni pun dah lama sgt..tahun 1997..
taktahu kenapa drama-drama lama selalunya rating tinggi.. 

mcm kita yg suka kpd filem-filem arwah Tan Sri P.Ramlee..
org Jepun pun suka pada kualiti drama-drama lama mereka..

secara keseluruhannya, drama yg menarik.
kelakar.. 
seorang polis yg tak suka pada pemisahan antara polis HQ dan polis district 
polis tetap seorang polis walau di bahagian mana pun dia ditempatkan
tugas asalnya utk membantu orang yg teraniaya tidak akan pernah berubah
dari sekecil-kecil budak sehinggalah orang tua, semua tahu job scope seorang polis 

cuma kadang-kadang ada yg dibutakan mati hati
terlupa apa benda sepatutnya yg dia kena buat
apa yg dia kena pertahankan sebenarnya

kalau kita sentiasa prihatin dgn tanggungjawab kita,
semua org kat dunia ni boleh hidup bahagia selamanya.

mmg protokol benda penting
kalau tiada,mmg kucar-kacirlah jadinya
semua buat kerja ikut kepala sendiri
yg mana kita boleh ubah, kita cuba
yg tak boleh ubah, mungkin kita sendiri yg kena berubah kot?

apa-apa pun, jgn pandang rendah orang yg mungkin lebih kecil jawatannya dari kita
boleh jadi jasa baktinya lebih besar dari yg sepatutnya

suka dgn watak Superintendent yg bermuka tegang sentiasa
byk kerja atau nak bagi org gerun?
pekerja keselamatan semua kena muka gerun-gerun ke?huhu


Selamat Menonton..!

Wednesday, December 26, 2012

Jepun - Wild Seven

  • Movie: Wild 7
  • Romaji: Wairudo 7
  • Japanese: ワイルド7
  • Release Date: December 21, 2011
  • Runtime: 109 min.
  • Distributor: Warner Bros.
  • Language: Japanese
  • Country: Japan 
Sinopsis: 
Utk menghalang peningkatan kadar jenayah dan pengganas di Jepun, sebuah unit motosikal rahsia dikenali sbg Wild 7 ditubuhkan.Ahli-ahlinya terdiri daripada banduan yg melakukan kesalahan seperti membunuh, pengebom,Yakuza dan sbgnya. Wild 7 dikehendaki utk menyelesaikan penjenayah yg tidak dapat disentuh oleh pihak polis kerana mempunyai kaitan dgn ahli politik dan peguam.

tarikan utama..?
Eita lah..!
yg lelaki suka sebab ada motor besar..
berjenis-jenis motor ada..

filem yg menarik..
ada aksi yg banyak..
jalan cerita pun tak panjang

penjahat yg digunakan utk menghapuskan penjahat lain
tak bolehlah kata dah insaf..
sebab kalau dah insaf, diorg takkan bunuh org lain pulak
tgkp dan bagi ceramah je dahla..

kat dunia ada ke pasukan mcm ni?
pernahlah tgk filem hollywood sebijik mcm ni, tapi taktahu jalan cerita berdasarkan daya kreativiti sendiri ataupun mmg pernah ada pembunuh elit upahan..

setiap org ada peluang kedua
kita taktahu masa depan org lain
sejahat-jahat manusia, boleh berubah jadi baik
dan sebaik-baik manusia berubah menjadi jahat
kita berhak utk ubah diri kita ke jalan mana yg kita pilih
pengakhirannya, hanya Dia yg akan membalas setiap perbuatan atas pilihan kita sendiri.

buat baik pada org lain, 
dgn harapan org lain juga akan sentiasa buat baik dgn kita..

Selamat Menonton..!

Thursday, December 20, 2012

Jepun - Maou

  • Title: 魔王
  • Title (romaji): Maou
  • Format: Renzoku
  • Genre: Suspense drama, Romance
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 11.4 (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2008-Jul-04 to 2008-Sep-12
  • Air time: Friday 22:00
  • Theme song: truth by Arashi
  • Insert song: live/evil by Sawano Hiroyuki
  • Related TV show: The Devil (KBS2, 2007)
Sinopsis:
Mengisahkan seorang peguam yg digelar 'Angel Lawyer' merancang untuk membalas dendam kepada pihak yg bertanggungjawab menyebabkan keluarganya mati. Dia diburu oleh seorang polis yg mempunyai kisah hitam sebelum bergelar detektif.

mmm.....Maou ialah syaitan..
tak pasti siapa yg syaitan dalam cerita ni
seorang abg yg ingin membalas dendam?
atau seorang ayah yg melindungi anaknya dari dikenakan tindakan undang-undang?

sepatutnya kena layan cerita ni dulu baru layan 'The Locked Room Murders'
sisi lain seorang pendendam..
suka menangis sampai meleleh hingus..
tak sesuai...huhu

jalan cerita mmg terbaik
rancangan utk membalas dendam dah diatur lama..
sekali nmpk mcm kebetulan..
kalaulah dia tak hantar sampul merah tu, rasanya takde siapa akan jangka semua tu pembunuhan dgn niat tanpa mengotorkan tangan sendiri..

ada scene cintan-cintun, forward jela DVD tu
malas nak layan..habis lari mood misteri..

agak-agaknya kalau kitalah yg kehilangan ahli keluarga dan tiada hukuman dikenakan kepada pelaku, ape yg kita boleh buat?
banyak kan kes mcm ni di Malaysia sekarang.


apa agaknya tindakan yg sesuai?

adakah membalas dendam jalan terakhir kita?

apa-apa pun, Selamat Menonton..!

Friday, December 14, 2012

Jepun - Shokojo Seira

  • Title: 小公女セイラ
  • Title (romaji): Shokojo Seira
  • Also known as: A Little Princess
  • Format: Renzoku
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 8.1 (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2009-Oct-17 to 2009-Dec-19
  • Air time: Saturday 20:00
  • Theme song: Kanashimi wa Kitto by UVERworld
Sinopsis:
Seira dibesarkan di India, tetapi dia dihantar pulang ke Jepun bagi melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama elit. Walaupun dia dibesarkan dgn kemewahan, dia seorang yg baik hati, suka membantu. Pengarah di sekolah tersebut membenci Seira walaupun terpaksa melayannya kerana mengharapkan bantuan dari ayahnya yg kaya. Pada harijadinya yg ke-16, ayahnya meninggal dunia dalam 1 kemalangan. Ini menyebabkan Seira tinggal sehelai sepinggang dan dipaksa menjadi hamba di sekolah tersebut bagi meneruskan kehidupan.

sedihhh..........sob..sob...sob...  :'(
dulu masa kecik-kecik pernah terbaca cerita ni dalam manga
tapi yg kelakarnya dlm manga tu, ayah dia hidup dan melombong sampai ke sekolahnya
mmg kelakar kalau jadi betul-betul dalam drama ni..hahaa

realitinya, drama ni mmg ohh..sungguh sedih, dramatik..
memang byk pengajaran jugak dalam drama genre mcm ni..
salah satunya, pendapat yg betul bukan ada 1 je kat dunia ni
kalau ada berbilion orang di dunia, mungkin kita ada berbilion juga pendapat berlainan
sebab itu penceramah motivasi selalunya minta kita raikan perbezaan pendapat setiap orang..
kalau dah jelas benda tu salah dari segi agama, ia tetap salah..

tak perlu menjadi seperti malaikat kerana setiap seorang dari kita yg masih hidup ni ada/pernah buat salah..
yg penting, kita buat baik pada orang,org akan buat baik pada kita
aduh..ckp mmg senang..tapi susahnya nak buat baik..
selalu je ada sifat-sifat setan dlm diri..
astaghfirullahaladzim..
mari kita berubah bersama-sama..in sha Allah..

kita susah nak buat baik pada org yg benci kita kan?
tapi ada org yg boleh buat mcm tu kat dunia ni, kagum tak?

maknanya dunia ni masih ada insan berhati baik tau...

walau apa pun dugaan yg menimpa kita, kita tetap ialah seorang PRINCESS..
terbaik.... :)

Selamat Menonton..!

Thursday, December 13, 2012

Jepun - Atami Investigator


  • Title: 熱海の捜査官
  • Title (romaji): Atami no Sousakan
  • Format: Renzoku
  • Genre: Crime
  • Episodes: 8
  • Broadcast network: TV Asahi
Sinopsis:
Drama ini mengisahkan kehilangan bas sekolah dan 4 pelajar sekolah perempuan. 3 tahun kemudian, kes ini diselidik semula apabila seorang dari budak yg hilang dijumpai.

Lelaki yg berlakon dalam drama Satorare..
Kalau nak dibandingkan drama ni dgn Satorare, drama Satorare lg best..

drama ni kelakar dgn kemunculan polis wanita yg suka buat prank
memang lawak habis lah..
mcm-mcm yg dia buat utk kenakan si Odagiri

drama ni mmg suspense.
sebab kita taktahu kenapa budak-budak tu hilang
dah dekat-dekat nak habis episod barulah tahu

walaupun ada scene yg takde motif, tapi drama ni tak membosankan.
cuma ending-nya, tak pasti apa jadi pada watak utama..
mati atau ghaib?


kalau nak tahu kenalah layan sampai habis.
kemudian bagitahu pendapat, hero mati ke tidak?

Selamat Menonton..!

Jepun - Usagi Drop

  • Movie: Bunny Drop
  • Romaji: Usagi Drop
  • Japanese: うさぎドロップ
  • Release Date: August 20, 2011
  • Runtime: 114 min.
  • Genre: Drama / Family / Father & Daughter / Award Winning
  • Language: Japanese
  • Country: Japan 
Sinopsis:

Mengisahkan Daikichi, seorang lelaki yg kematian datuknya,pulang ke kampung untuk menghadiri upacara pengebumian. Walaubagaimanapun dia dikejutkan dengan berita kehadiran anak datuknya,Rin, berumur 7 tahun. Dia menawarkan diri utk menjaga Rin kerana ahli keluarga yg lain bercadang utk menghantar Rin ke pusat kebajikan.

mm......filem ni diambil dari anime Usagi Drop.
anime memanglah best. 
tapi bila dah buat filem, mcm tak umphhh pulak..

siapa yg tak pernah layan anime, mungkin rasa filem ni menarik
nasihatnya, jgn layan anime dulu kalau nak rasa tertarik..

bila lelaki muda yg tiada pengalaman jaga budak kecik, mmg ada harapan lah nak jadi mcm filem ni..
susah ke?
mmg lah susah..
bukan takat nak pk mkn minum je..
byk hal lain kena pk
belum lagi bila budak-budak tanya soalan pelik-pelik
atau buat perangai pelik..

tapi budak kecik mmg akan menjadi penyeri bg setiap keluarga
tak kesahlah perangai yg mcm mana
kita dah besar,dah ada didikan,kitalah yg kena kawal keadaan.

kasihan budak-budak yg ditinggalkan ibubapa krn mengejar impian dan cita-cita
jgn tersilap langkah andaikata kita berada di tempat mereka
kerana keputusan kita hari ini, tentunya akan beri pengaruh besar dlm kehidupan kita masa akan datang..


kalau sekarang kita tak ambil berat anak-anak,
jgn marah kalau mereka dah besar, buat tak endah dgn kita

doa yg Allah galakkan kita membacanya ialah " Kau peliharalah ibubapaku sebagai mereka menyayangiku ketika kecil "
masa kecil,kita sayang gila-gila
taknak lepas,peluk dukung cium setiap masa
bila dah besar,dah terbit perangai-perangai nakal, kita pun dah hilanglah sayangnya..
maka jadilah kita manusia yg tidak mensyukuri nikmat yg Allah berikan
anak itu kan rezeki dan nikmat?

filem yg penuh pengajaran dan buat kita terfikir tentang byk perkara..
terutamanya bagaimana anak-anak kecil menghadapi kematian org tersayang.
mungkin dia tak tunjukkan emosinya pada org dewasa.
budak kecik atau org dewasa,kedua-duanya manusia yg dilahirkan beremosi..

Selamat Menonton..!

p/s: apa makna 12.12.12 pada anda?