Pages

Tuesday, June 21, 2011

Impak Drama Bersiri

Bab ni memang tak suka..
tapi nak kena kongsi juga apa musibah/kebaikan bila ada hobi drama bersiri ni.. :)

Di tempat kerja pun ada kawan-kawan yg gila cerita Korea.
selalunya sebab ada pelakon pujaan..
semestinyalah kacak pada pandangan mata mereka.. :P

Di rumah, adik perempuan dan adik ipar juga minat cerita bersiri Korea.
Kenapa bukan Jepun? sebab zaman Jepun dah basi.. ya ke?
saya pun tak pasti kenapa Korea. 
saya dan suami tak suka sgt drama Korea.

mungkin sebab cara percakapannya yg boleh dikatakan suka menjerit..
lagi satu, mata semacam sepet sgt lah. bukan semua. tapi ramai.
bahasanya pula agak janggal didengar...
haha..kalau tak suka, memang mcm2 alasan diberi.
samalah kalau dah minat, semua yg busuk nampak baik ..!

tapi bab menilai cerita, tak boleh la mcm tu..
kalau drama Jepun ok, layanlah. kalau tak ok, saya kata tak ok.
sama juga dgn drama Korea.
Walaupun tak banyak koleksi drama Korea, tapi ada juga cerita yg best.

oklah. kembali pada tajuk asal.

impak yang dapat dikesan ketika melayan hobi ini:
  1. rajin pergi ke kedai DVD utk cari drama terbaru. selalunya mesti akan beli 2-3 DVD serentak.. duit memang melayang. oleh sebab tu, kami beli awal-awal bulan, masa gaji baru masuk.. :)
  2. dah ada tabiat menonton sambil makan. tak sedap makan kalau tak guna cara ni... :)
  3. bertukar-tukar drama dgn kawan/adik-beradik. bertambah koleksi cerita yg sudah ditonton
  4. ada kabinet khas utk simpan DVD. erk ??!
  5. kalau cerita best, mesti layan sampai habis. selalunya masa hujung minggu
  6. dapat tambah ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan,perundangan, penyiasatan, masakan, dll secara tidak langsung :)
  7. dapat mengeratkan hubungan dgn org tersayang.. ini paling penting bila ada hobi yg sama.
  8. mula berfikir secara kritis dan kreatif dlm menyelesaikan masalah
  9. lebih alert dgn keadaan sekeliling bg mengelakkan kejadian jenayah. (ada la jugak...)
drama bersiri semacam boleh mengubah pemikiran seseorang.
bergantung kepada genre yg diminati.

saya tak galakkan tonton cerita cinta sahaja.
pelbagaikan genre dan lihat kelainannya.
sekurang-kurangnya hobi kita bukan sia-sia dan bukan setakat menghabiskan duit sahaja.

kami tiada peluang lagi nak melawat ke negara orang.
sekurang-kurangnya bila tonton drama bersiri, boleh tahu serba sedikit budaya, percakapan, tempat-tempat menarik ,dll.

pilihlah drama yg berilmu, walaupun hanya sedikit..
semoga dapat menyemai budaya yg baik dan kritis dalam berfikir... !

No comments:

Post a Comment