Pages

Wednesday, June 22, 2011

Jepun - Kuitan @ Food Detective (Season 1 - 2)

  • Title: 喰いタン
  • Title (romaji): Kuitan
  • Also known as: Eating Detective
  • Genre: Detective, comedy, food
  • Broadcast network: NTV
Sinopsis
Mengisahkan seorang detektif yg kuat makan dan menggunakan kebolehannya itu utk menyelesaikan kes di tempat kejadian.

Lapar...Lapar...
Itu reaksi wajib bg setiap episod bila layan drama ni.. 

urghh...seksa mata sungguh..!

walaupun makanan Jepun, tp nampak menarik dan sedap bila ditayangkan dalam cerita ni. (bukan benda yg HARAM dimakan, ok?)

kes-kes nya menarik..
lagi pula dapat tambah pengetahuan tentang makanan jepun.
tapi sekarang dh tak ingat?!
sebab nama-namanya susah sgt nak hafal.. :(

Takoyaki (ini favorite kami), soba, sushi, teppanyaki, okonomiyaki, dan macam2 lagi ada dijual, eh silap, ada ditunjukkan dalam cerita ni..

kalau nak cuba sesuatu yg baru, cari cerita ni dan tonton.
Kedua-dua Season-nya best.. !
kalau suka makan,semua best..!

detektif yg makan di tempat kejadian jenayah, rasa makanan yg dimakan oleh mangsa/penjenayah..
kalau kitalah, memang tak berani nk makan!
tapi disebabkan deria bau Kuitan ni hebat, dia boleh tahu ada racun atau tidak..
taktahulah realitinya ada atau tidak org seperti ini..

watak-watak sampingan dalam cerita ni memang hebat..
ada budak kecil yg berpakaian seperti detective conan, 

ada lelaki yg bermotosikal besar tapi lemah, 
dan perempuan yg pandai berbahasa Perancis..!  
Excellente.. !

Lagu tema utk season ke 2 memang menarik..
Kuitan mungkin seorang penari yg hebat, kerana dia pandai menari. 

mungkin juga semulajadi ataupun rajin ke kelab malam..

apa-apa pun tak rugi menonton siri ini...
kita akan lebih dekat dgn makanan Jepun dan budaya mereka..

Itadakimasu..!

Selamat Menonton.. !

No comments:

Post a Comment