Pages

Monday, June 20, 2011

Jepun - Team Medical Dragon (Season 1-3)

  • Title: 医龍 Team Medical Dragon (1 - 3)
  • Title (romaji): Iryu Team Medical Dragon
  • Also known as: Team Medical Dragon
  • Genre: Medical
  • Broadcast network: Fuji TV
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang doktor,Ryutaro Asada, lakonan Sakaguchi Kenji, seorang pakar jantung yg hebat. Beliau mengumpulkan doktor-doktor yg mempunyai kehebatan tersendiri dari setiap unit utk membentuk pasukan yg dikenali dgn nama 'Team Medical Dragon'.

Cerita ni mmg best.. ! 

walaupun saya bukan budak medical (study engineering) dan kerja bahagian management, saya dan suami sgt suka drama ni ..!

walaupun ada byk medical jargon yg org seperti saya tak paham, tapi cerita ni mmg boleh layan..

byk mesej yg cuba disampaikan dlm cerita ni, contohnya semangat kerja berpasukan dan percaya kepada rakan-rakan lain.

setiap org ada trauma sendiri dlm hidup mereka, lebih-lebih lagi seseorg yg bergelar doktor. dlm drama ni setiap mereka menemui jalan utk menghilangkan trauma masing-masing. biasalah tu. 

kalau sampai cerita habis pun masih trauma, kita yg menonton pulak jadi super-trauma memikirkannya. :)

Drama ni ada 3 seasons dan semuanya sgt menarik..
saya cadangkan drama ni sebagai wajib tonton kalau anda peminat cerita berunsurkan medical.

tambah ilmu (tapi lepas habis tgk mungkin dah lupa ?! ) pengetahuan tentang bidang perubatan, hilangkan rasa takut dgn darah,jarum & pembedahan (sayalah tu !).. 

tapi masih tak suka filem-filem yg disturbing .. 
tak boleh tidur malam lah dibuatnya.

Iryu, serius best dan disyorkan utk semua.. !

Selamat Menonton ..!

1 comment:

  1. Sekarang iryu sudah kembali lagi... season 4 yg pasti sgt menarik... :)

    ReplyDelete