Pages

Friday, August 12, 2011

Pengalaman menjalani rawatan TTC

Saya sendiri, selepas 7 bulan kawin,tiada apa2 tanda, mulalah jumpa doktor sakit puan..
bukannya PAKAR.
inilah kesilapan pertama..
tetapi dh berlaku, tak boleh buat apa lagi.. :(



3 bulan pertama, doktor beri acid folic..
utk yg mahu conceive, memang perlu makan at least 3 bulan sebelum mahu hamil.
tapi kita taktahu bila kita akan hamil
so kenalah makan dari awal.
before kawin dan teruskan makan sehinggalah sah hamil.
bila dh hamil,maybe dos akan dinaikkan.
yg ni belum ada pengalaman lagi..

lepas 3 bulan tiada tanda, barulah doktor bagi clomid,progynova & bascopan.
sepatutnya utk 6 cycles SAHAJA.
clomid first 2 cycles - 1 biji
2 cycles seterusnya - 2 biji
2 cycles terakhir - 3 biji
inilah kesilapan kedua. :(
saya ambil clomid 1 biji complete 6 cycles.
lepas jumpa doktor,baru dia beritahu kesilapan mereka tak monitor pengambilan ubat..
sepatutnya nak ambil ubat pun kena jumpa doktor.
tak boleh over-the-counter shj.
so takpela.
teruskan dgn 4 cycles ,2 biji dan 3 biji.

masa proses ni,barulah saya tahu yg tarikh ovulasi saya dh berubah sejak sebelum kawin sehingga dh kawen.
lebih2 lagi dgn stimulasi ubat..
selalunya dlm 30 hari.
lepas tu jadi 32 hari.
sekarang pulak maintain 29-30 hari.
masa mula2 kawin, tak carik ilmu2 ttg ni.
so itu kesilapan ketiga..:(

bila masih tiada apa2,terus pergi PHKL.
buat appointment dgn Dr. A..
cerita semua pada dia..
dia pun agak kecewa ttg kes clomid tu.
"clomid bukan mcm tu cara makannya.kena ikut berat badan."
huhu..
doktor pun ada byk percanggahan sebenarnya..
kita jadi mangsa ni,hanya diam dan angguk jela
benda dh jadi.

teruskan treatment sehinggalah IUI kali pertama.
buat keputusan pun lepas balik dari bercuti di Tioman.
cadangnya pergi sana nak tenangkan diri,dan usaha dpt anak.
siap tukar tarikh bg kena dgn waktu subur :P
tapi tiada hasil..

teruskan dgn IUI pulak..
memandangkan clomid dh mkn smpi lebih cycle, doktor beri Gonal-f iaitu sejenis injection hormon.
kena inject sendiri,okeh!
gelabah nak mampus.
lagi2 ada needle-phobia.haha..
nak anak punya pasal,teruskan jugak.

Gonal-f tu smpi 4 kotak kena beli
sebab tindakbalas lemah terhdp ubat tu.
maybe dh terlebih makan clomid.
dah ok semua, hari ke-18 cycle barulah buat IUI.
sebenarnya ada byk benda yg malang jadi pada kami.

antaranya -

nurse Dr.A accident..
so sepanjang 2 minggu utk persediaan IUI,ada nurse lain cover.
kemudiannya, utk sperm collection, dah dtg jam 830pg
tapi dpt sperm yg dh diproses jam 12 lebih.
so dah lebih 36 jam- dikira dari mula2 disuntik hCG utk stimulate ovulasi
IUI buat jam 1230.
lepas tu speculum IUI tak diberi..
doktor kata klinik tu sepatutnya bagi sekali sperm+alat2 IUI..
doktor terpaksa guna speculum IVF yg lebih mahal.
doktor bagi free..
nak masukkan speculum susah.
doktor kena letak besi supaya speculum tak lari2.

akhirnya bila selesai, doktor tulis "Difficult IUI,no backflow"
ok ke tak?rasanya ok lah kot maknanya :)
rahim ok,ET ok,ovum ok..sperm ok.
dapat MC 3 hari. doktor ada operation lain lepas IUI.
so dia tak dpt luang masa lebih..

doktor bagitahu 5 benda tak boleh makan...
1. air tebu
2. air kelapa
3. tapai
4. durian
5. nenas

masih belum ada rezeki dgn IUI ni.
sepatutnya tak boleh guna tangga,tak boleh angkat berat2
kena byk berehat.
tapi hari ke-4 lepas IUI,balik umah parents
adalah aktiviti naik turun tangga
adalah aktiviti memasak.
so boleh kata 2WW tu tak dok diam sangat.
maybe sebab tu susah lekat
inilah kesilapan keempat.. :(

utk IUI kedua nanti, dah plan nak cuti 2 minggu terus.
bukan apa,nak buat IUI ni mahal.
sebab buat di private hospital.
bukan taknak buat di LPPKN, tapi kerja suami bukan senang dpt cuti.
pergi private tak tunggu lama sgt kalau kita dtg awal.
drop card,pegi sarapan,jam 915 naik,doktor sampai.
selalunya dapat turn no 1@2.
dah habis,suami boleh pergi keje.



kos utk IUI pertama bagi yg berminat nak buat di PHKL.
kalau 1st time dtg, kos permulaannya lebih skit. dlm ~RM270.
lepas tu,jadi RM100++ jer.
ubat ikut body kita.
kalau ok,tak perlu nak ambil byk dos.
macam saya sendiri,sebab badan lmbt beri reaksi terhadap ubat,kena inject byk2
doktor kata badan mcm org dah berusia..huhu...sedih :(

Consultation Cost

1st-RM 185
2nd-RM 165
3rd-RM 154
4th-RM 311 (+injection hCG)
Inject hCG di ER - RM 17.60
Blood test (LH Surge) - RM60
Sperm wash - RM 400
IUI - RM617
Pil Utrogestan - RM 69
Gonal - RM 2.2k (4 kotak = 1500iu)
Total Cost - RM 4332 (mmg mahal.. duit boleh dicari,tapi nak dapat anak mesti berkorban masa, tenaga dan $$$)

IUI kedua belum target lagi bila.. Insya Allah moga dipermudahkan...~

p/s: doktor suruh check tiub fallopio..sepatutnya dia la kena advise utk check sebelum buat IUI.. tahla...

No comments:

Post a Comment