Pages

Wednesday, August 24, 2011

Raya Semakin Hampir, Ramadhan Bakal Meninggalkan Kita..



Syukur alhamdulillah kerana sehingga hari ini masih dikurniakan nafas utk menghayati Ramadhan kali ni.

perubahan2 yg dibuat semasa Ramadhan kali ini,moga diberikan kekuatan utk terus mengekalkannya sehingga akhir hayat..Insya Allah.

byk sebenarnya yg dipelajari tahun ni,berbanding tahun lepas.
at least ada perubahan dan pertambahan.
bila memperbanyakkan dengar ceramah2 ilmu di ikimfm,
pagi2 di MHI (Ustazah favorite -Nor Laila Aniza Zakaria),
byk benda yg kurang tahu/tidak tahu sebelum ini,dpt dicerahkan...

contohnya seperti mengejar ibadat2 khusus,sehingga melupakan tanggungjawab terhadap sesama insan.

ustazah Laila bagi contoh:-

1. block kereta orang ketika terawih tanpa letakkan notis utk alihkan kereta.menimbulkan kemudaratan/kemarahan kepada org lain
2. buang sampah merata2/keluar dr kereta. perbuatan mengalihkan sesuatu di jalanan utk kemudahan org lain,adalah selemah2 iman. kalau buang sampah sedikit pun,menggambarkan iman kita lemah.apatah lagi dgn amalan2 lain.naud'zubillah

byk benda nak belajar.
kalau boleh tiap-tiap hari moga dikekalkan momentum Ramadhan ni.
Amin..

No comments:

Post a Comment