Pages

Thursday, October 27, 2011

Jepun - Bull Doctor



  • Title: ブルドクター
  • Title (romaji): Bull Doctor
  • Format: Renzoku
  • Genre: Forensics
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 13.1 (Kanto)
  • Broadcast network: NTV
  • Broadcast period: 2011-Jul-06 to 2011-Sep-14
  • Air time: Wednesday 22:00
  • Theme song: Far As The Sky by CHARICE

Sinopsis 

Mengisahkan seorang doktor forensik,Tamami, dikenali sebagai Bull Doctor dari singkatan 'bulldozer'. Tamami akan berusaha utk menyiasat setiap kes utk menentukan sebab kematian dgn menggunakan pelbagai cara.

Cerita yg penuh dgn emosi kekeluargaan.
Bila doktor kawin dgn doktor, banyak keluarga seperti ini akan mengalami masalah..
Kurang komunikasi,kurang persefahaman, pentingkan diri, lebihkan anak dan pinggirkan suami, dll..

setiap orang ada caranya sendiri utk kurangkan stress.
sebab tu penting jugak utk kita cari masa utk diri sendiri utk mengurangkan tekanan kerja.

dlm drama ni, ada pepatah tentang kahwin.
bila kahwin mesti sanggup tanggung beban pihak yg satu lagi
bila kahwin mereka tiada hubungan istimewa kerana kedua-duanya ialah strangers..

tapi bg kita org Islam, bila kahwin ada byk tanggungjawab yg bila kita laksanakan akan dpt pahala dan menjadi jalan utk kita masuk syurga..
jadi jgn terbeban dgn perkataan kahwin..
ada masa susah,ada masa senang..
hujan yg turun tak selalunya diselangi dgn pelangi.
tapi hujan yg turun pasti akan berhenti dgn kuasa Ilahi..

kes-kes dlm cerita ni mmg menyentuh hati..
utk mencari punca kematian supaya tak bebankan si mati dan keluarga.
walaupun kebenaran utk pahit,
sekurang-kurangnya bila kita tahu kebenaran,
kita akan berusaha mencari jalan supaya kes yg sama tak berulang lagi.
contohnya ada kes anak lelaki mati sebab lewat dibawa ke hospital.
bila dh kena sekali,lepas ni akan lebih beringat..

apa-apa pun,setiap yg berlaku pasti ada sebabnya..
terpulang pada kita utk cari sebab itu,atau biarkan diri kita diganggu dgn perasaan ingin tahu dan bersalah seumur hidup..

seperti kata Bull Doctor, mencari punca kematian akan mendekatkan si mati dgn dunia ..

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment