Pages

Friday, January 6, 2012

Jepun - Edison no Haha

  • Title: エジソンの母
  • Title (Romaji): Edison no Haha
  • Format: Renzoku
  • Genre: Human drama, comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership ratings: 9.5 (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2008-Jan-11 to 2008-Mar-14
  • Air time: Friday 22:00
  • Theme song: Ai wo Komete Hanataba wo by Superfly 
Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan seorang guru sekolah yg mengajar murid gred 1. Kehidupannya mula berubah sejak kehadiran seorang budak bernama Hanafusa Kento yg dianggap pelajar bermasalah di sekolah lamanya. Kento, seorang budak bijak yg byk bertanya dan tidak akan berpuas hati dgn jawapan yg difikirkannya tidak boleh diterima.

Mula-mula tgk 1st episod pun rasa dah ada hook dah supaya terus tengok.
Kalau dah ada anak nti,nak bagi dia tgk cerita yg inspirational mcm ni..
Seronok bila tgk budak2 byk bertanya..
Bertanya benda2 yg orang dewasa kalau tak study,mmg tak boleh jawab.

Mcm kata-kata cikgu Ayukawa, benda yg paling kita taknak terjadi ialah bila budak-budak hilang keinginan utk ambil tahu dan bertanya..

Drama ni penuh dgn emosi, penuh dgn ilmu, penuh dgn benda-benda yg memaksa kita berfikir, lagi-lagi kalau ada anak..
bukan senang nak didik anak-anak yg mmg byk benda yg diorg nak tanya

byk juga pengajaran dlm cerita ni
contohnya, nak bg anak-anak baca buku yg terkehadapan, boleh
tapi kita mesti ada utk mendidik, mengajar dan menerangkan setiap satu yg mereka baca

kalau tak, tu yg byk kes anak cuba nak terbang mcm burung, akhirnya mati atau cedera parah
sifat ingin tahu yg kuat perlu diiringi dgn bimbingan dan pengawasan ibubapa

guru-guru pulak tak boleh bersikap pilih kasih
kalau murid-murid nak tanya,kita bagi je
kalau tak boleh jawab, kita boleh kata "nanti cikgu balik,cikgu cari.esok cikgu bgtau jawapannya"

cikgu yg ego, bila anak murid bertanya,dia boleh bg jawapan mengarut-ngarut
confirm lah budak-budak tu tak puas hati dan akhirnya buat perangai dan eksperimen.
mmglah cikgu-cikgu ada sukatan yg nak kejar seperti yg kementerian dah tetapkan
tapi kadang-kadang masa mengajar pun kita boleh galakkan bertanya,
lebih-lebih lagi kalau ada kaitan dgn apa yg kita belajar.

ada mcm-mcm benda boleh buat.
cuma kita nak,atau tidak.

guru/pendidikan ialah ibu kedua bagi setiap pelajar.
buruk gaya pendidikannya,buruklah jadinya pelajar tu.

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment