Pages

Friday, February 24, 2012

3rd IUI

2nd IUI tak berjaya.. :(
Kali ini kali ketiga kami akan melalui IUI
dan IUI kali terakhir sebab result utk IUI ke 4 dan seterusnya akan menjadi stagnant
maknanya percentage boleh conceive rendah ataupun tidak berubah..

mula jumpa doktor pada 21 Feb.
dah mula makan ubat dan start injection gonal-f pada 24 Feb dan 27 Feb.
kemudian doktor nak lihat kesan ubat pada 1 Mac.
insyaALLAH 2 minggu lagi akan buat IUI terakhir
mudah-mudahan kali ini berjaya

sebabnya kalau IUI kali ini pun tiada hasil, terpaksa tangguh dulu utk buat IVF
fulus tak cukup.. kos IVF dlm 17k..
kami cadang utk beli rumah dulu guna duit simpanan, kemudian claim KWSP utk buat IVF pulak.

hari ni ada bersembang dgn seorang kawan.
dia dah give up utk dpt anak..
sy cuma bgtahu, sy berusaha bersungguh2 utk dapatkan anak sebab anak ialah saham akhirat, harta akhirat.
bila mati nanti,kita harap pada anaklah utk doakan kita
sebab tu MESTI kena cuba segala cara yg ada utk dptkan anak sendiri..
walaupun byk masa,duit,tenaga yg akan habis, semua tu berbaloi kalau usaha kita berjaya kelak...
InsyaALLAH
perancangan ALLAH itu paling indah dan paling hikmah.
kita takkan tahu takdir kita kalau kita menyerah kalah pada tahap ini.

mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan segalanya..Amin.

No comments:

Post a Comment