Pages

Wednesday, February 15, 2012

Jepun - Abarenbo Mama @ My Sassy Mum

  • Title: 暴れん坊ママ
  • Title (romaji): Abarenbo Mama
  • Also known as: Wild Mom / Avarenbow Mama
  • Format: Renzoku
  • Genre: Comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership ratings: 12.4 (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2007-Oct-16 to 2007-Dec-18
  • Theme song: I SHOULD BE SO LUCKY by mihimaru GT
Sinopsis:

Kawano Ayu, seorang gadis berumur 22 tahun yg dibesarkan di kampung. Apabila dia bertemu dgn Tetsu, seorang duda, mereka jatuh cinta lalu berkahwin. Walaubagaimanapun, selepas berkahwin, mereka didatangi oleh seorang budak lelaki berumur 5 tahun,Yuki, yg mengaku sebagai anak kepada Tetsu. Ayu terpaksa menjadi ibu tiri kepada Yuki walaupun dia tiada pengalaman membesarkan anak sendiri.

Best..! Chomel..!
Yuki mmg comel sgt dgn rambut afronya..
Drama ni menarik sebab setiap sorg dlm keluarga ni ada perangai pelik..

Yuki yg tak suka berckp
Ayu yg sgt kecoh..
Tetsu yg suka jerit dan bergaduh mcm budak2.

Persatuan Ibu Bapa dekat tadika pun rsnya sama mcm cerita Edison no Haha
Mak-mak je yg elegen lebih..
Tapi anak-anak relaks je dan tak kisah pun berkawan dgn sesiapa..

Setiap watak utama dlm cerita ni,ada konflik sendiri.
contohnya ibu yg suka dekat cikgu tadika
ayah yg ada affair dgn org lain.
ibu yg suka berlagak dgn barang berjenama sedangkan suami tak mampu nak belikan
ayah yg suka berkawan tapi tak pandai nak jaga batas pergaulan..
dan mcm2 lagi..

setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
yg penting pastikan jalan tu adalah terbaik utk semua org,
bukannya utk diri kita sj
kita boleh mulakan hidup kita semula,
 yg penting mesti yakin dgn keputusan yg kita buat
hidup hanya sekali.
jgn sia-siakan dan jgn menyesal

nak mendidik anak-anak pun mcm tu jugak
kita kena  tunjuk teladan yg baik
budak-budak senang belajar dan ikut apa yg mak ayah dia selalu buat
kalau kita rajin bergaduh,nanti dia pun ikut bergaduh dgn kwn2 di sekolah
kita kena berubah sebelum suruh anak2 berubah..(ckp mcmla ada pengalaman..huhu)

anak-anak ialah aset,bukannya liabiliti..
belajar mencorak mereka dgn agama,disiplin dan ilmu.

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment