Pages

Friday, February 24, 2012

Jepun - Nankyoku Tairiku

  • Title: 南極大陸~神の領域に挑んだ男と犬の物語~
  • Title (romaji): Nankyoku Tairiku ~Kami no Ryouiki ni Idomunda Otoko to Inu no Monogatari~
  • Title (English): Antarctica ~The Story of Dogs and Men Who Challenged the Field of God~
  • Format: Renzoku
  • Genre: Drama, adventure
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 17.3 (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2011-Oct-16 to 2011-Dec-18
  • Air time: Sunday 21:00
  • Theme song: Arano yori by Nakajima Miyuki
Sinopsis:

Mengisahkan 11 peserta yg dihantar ke Kutub Selatan buat kali pertama utk tujuan projek nasional explorasi Antartik pada tahun 1957. Mereka diiringi oleh 19 ekor anjing Sakhalin Huskies. Apabila mereka kembali ke Jepun setahun kemudian, mereka dipaksa utk meninggalkan 15 ekor anjing tersebut di Antartik kerana cuaca yg teruk. Pada tahun 1959, Kuramochi kembali semula ke Antartik utk memastikan nasib anjing-anjing yg ditinggalkan.

Sedih..nak nangis...waaaa. :(
Kalau drama pasal binatang ni mmg touching giler..
Sebabnya binatang tak berckp.
Mereka boleh buat mimik muka dan gerak badan je utk buat penonton suka, sedih, marah, kecewa, dll..
Sebab tu seronok tgk filem pasal binatang..

Semua anjing tu pandai berlakon..
Yg tak pandai berlakon, MANUSIA..aihh...

Cerita kali ni tentang semangat Jepun yg jatuh akibat kalah perang dunia ke-2.
mcm mana diorg nak bangkitkan balik semangat penduduk Jepun..
Kuramochi, beri idea utk menjelajah Antartik utk tanamkan impian kepada budak-budak.
sebab zaman lepas perang mmg ramai rakyat jepun yg susah
kalau kita hidup takde impian,mmg tak semangat nak teruskan hidup
setiap hari mesti rasa,kalau tak hidup pun takpe,sebab takde target dlm hidup

mula-mula drama ni mmg byk cerita pasal semangat
memang tersentuh hati bila tgk ramai penduduk Jepun yg sokong usaha ke Antartik
baru lepas perang,tentulah bajet negara byk nak digunakan utk bangunkan semula Jepun
tapi diorg tak kesah menderma walaupun sedikit.
yg bestnya bila budak-budak miskin yg start derma..
sedihnya... :( 
agaknya budak2 kat Malaysia boleh tak pk mcm tu? 

part kedua pulak ialah tentang kehidupan mereka di Antartik
mmg mencabar dan mcm2 dugaan.
tapi yg sedihnya bila ada anjing yg sakit dan mati..
walaupun mcm2 jadi, sy tetap rasa anjing dlm cerita ni yg paling pandai berlakon..! haha

part ketiga pulak bila mereka terpaksa tinggalkan anjing-anjing dekat Showa Station
mcm mana anjing2 tu survive?
dahlah terikat kemas,tak boleh nak lepaskan diri.
mmg sedih dan meruntun jiwa betullah tengok cerita ni..

sepanjang tu,ada yg mati sebab tak boleh lepaskan diri
ada yg berjaya lepaskan diri,tapi akhirnya hilang,jatuh dlm air & mati kelaparan..
kesiannyaaaaa.....!!!!

Apa pengajaran dari cerita sedih-sedih ni?
pertama,masa kita buat decision,pastikan decision kita tu mengikut situasi kita,bukannya dtg dari org yg taktahu ape2 pasal situasi tu.
kita yg ada dekat situ,kita yg lebih tahu apa yg terbaik utk kita dan org lain.

kedua, jgn anggap binatang tu sebagai benda,tapi sebagai makhluk Tuhan.
binatang pun ada perasaan.
bila buat keputusan, jgn belakangkan hak binatang.

ketiga, kita jatuh & kita lemah, tapi kita mesti bangkit semula.
carilah walau apapun cara yg berkesan utk pastikan semangat kita tak hilang..
yg penting,jgn pandang rendah pada IMPIAN.
sebab impianlah ramai yg berjaya sekarang

ada yg suka tgk kapal terbang,hari2 mendongak ke langit.
lepas tu tanam cita-cita nak jadi pilot.
ada yg suka tgk bangunan cantik,hari2 melukis
cita-cita nak jadi arkitek 
kalau betul jalannya, semua pun boleh berjaya..

jgn putus asa, mungkin kali ini nasib tak menyebelahi kita
tapi esok-esok,kita taktahu apa nasib kita selagi kita tak cuba dan tgk sendiri..
binatang pun tak berputus asa,apatah lagi kita manusia yg lengkap semuanya..

don't give up ! keep on moving !

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment