Pages

Thursday, March 1, 2012

3rd IUI - Usaha terakhir menjadi ibu

Bukan...bukan berputus asa..
cuma nak beritahu, IUI ni ialah kali terakhir yg kami boleh buat
doktor bgtahu IUI ke-4 dan seterusnya, keputusan utk berjaya, DROP.
kena pk kemungkinan utk IVF pulak..

Tarikh dah ditetapkan pada 3/3/2012.
Tarikh yg indah, kan?
insyaALLAH akan memberi berita yg indah-indah jugak.

doktor kata telur byk. tandanya subur.
doktor taktahu kenapa tak jadi walaupun dah nak masuk 3 kali IUI
kalau doktor tu muslim, nak je jawab "belum rezeki ALLAH nak bagi. InsyaALLAH kali ketiga ni ada berita baik utk kami"..
tapi tu doktor perempuan cina.
tapi sgt baik dan guna bahasa melayu bila ckp dengan kami..

kos setakat ini utk IUI ketiga RM690
prosedur IUI dan ubat-ubat mungkin sama dengan yg kali ke-2 iaitu RM980
nampaknya IUI kali ini lebih jimat kos, iaitu RM1670 
itupun sebab doktor bagi ubat suntik percuma..ALHAMDULILLAH.

kali ni kena pastikan pundi kencing betul-betul penuh sebelum buat IUI
doktor kata susah sperm nak bergerak kalau pundi kencing tak penuh.
kena berdoa supaya dapat tahan kencing.
kesan injection tu buatkan perut rasa nak meletup sebab telur dah membesar.
sebab tulah taknak tangguh buat IUI minggu depan
takut makin sakit dan tak dpt tahan

takpe, lepas IUI boleh usaha lagi..jgn bergantung pada IUI je.
diri sendiri kena usaha jugak..!
gambarre..! 

Doakan semoga kali ini usaha kami benar-benar berhasil..Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment