Pages

Monday, March 19, 2012

Bertuahnya..

adakah dikira bertuah, orang yg baru berkahwin dah mengandung anak pertama?
ataupun lebih bertuah, belum sambut setahun wedding anniversary, sudah melahirkan anak?
lebih bertuah lagi kalau dpt anak pada tarikh hari lahir kita..

ya..adik perempuan saya sgt bertuah.
harini harijadinya..
dia dijangka bersalin hari ni
belum cukup setahun berkahwin,sudah ada anak..
nanti anniversary, bolehlah sambut bertiga..
meriahnya..

saya pun harap mcm tu jugak..
tapi nak dpt anak pun sukar,apatah lagi sama tarikh hari lahir.. :(
 
pagi ini buat UPT iaitu hari ke 16 selepas IUI..
malangnya result adalah NEGATIVE..
jadi sekarang tengah tunggu Ms.P datang..
mungkinkah kami mmg tidak akan ada anak smpi bila-bila?
wallahualam..

kami hanya mampu berdoa dan berusaha.
berat sungguh ujian dari Allah ini..
kdg2 tersungkur juga pada perasaan dan emosi diri..

setiap tahun,hanya ada 12 kali peluang..
sejak kahwin sehingga ke hari ini, telah ada 33 peluang yg tidak membuahkan kejayaan..
bilakah peluang ini akan menjadi kenyataan?
wallahualam..

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan cukup masa utk berusaha memperolehi anak..
kami akan teruskan usaha dan tawakkal kepada-Mu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment