Pages

Monday, March 5, 2012

Jepun - Big Money

  • Title: ビッグマネー!
  • Title (English): Big Money!
  • Tagline: 〜浮世の沙汰は株しだい〜
  • Genre: Human drama / Mystery
  • Episodes: 12
  • Viewership ratings: 10.76
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2001-Apr-11 to 2001-Jun-27
  • Theme song: "Ever Since" by Sayaka 
Sinopsis:

Mengisahkan seorang lelaki yg tiada kerja tetap, Shirato Norimichi, yg hidup dengan duit dari kedua ibubapanya, kerja separuh masa dan bermain pachinko. Satu hari dia direkrut utk berkerja dengan seorang tua bernama Kozuka Taihei.

Best...lain dari yg lain..
tak pernah lagi layan cerita pasal stock ni..
yg tak suka ialah watak hero yg lembik..urghh..tak macho langsung!
masa ni dia tak pandai berlakon lagi kot..

Bila tgk cerita ni,rasa mcm nak main saham..! hahaa
mcm best je dpt untung byk2.
tapi kalau tak pandai,mmg rugilah setiap masa..

betullah org kata, "siapa yg ada byk duit,dia boleh kawal dunia"
sama jugak dgn speculator dlm cerita ni
dia seorang boleh sebabkan harga saham naik ataupun jatuh dgn phone call shj..
macam George Soros? entahlah!

byk jugak yg boleh belajar dari drama ni.
teknik2 bermain saham..
rumor yg buruk boleh jatuhkan syarikat
kalau kita buat rumor, kita boleh kena tangkap..
hal syarikat mestilah dirahsiakan, terutamanya perkara-perkara yg boleh menaikkan harga saham.
kalau kita beritahu orang luar dan mereka beli saham, kita boleh kena tangkap jugak.

susah jugak ye main saham ni..lebih kepada 'luck' ataupun mmg kena ada skill tertentu?
walau apapun kerja yg kita buat, mesti kena amanah & jgn menyalahgunakan kuasa.
jgn lupa bantu org yg dlm kesusahan, jgn menindas mereka.
mungkin hari ini kita di atas, esok lusa kita mungkin dah tercampak ke lembah yg paling dalam dan hina..!

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment