Pages

Friday, March 16, 2012

Jepun - The Queen Classroom

  • Title: 女王の教室 (じょおうのきょうしつ)
  • Title (romaji): Jyoou no Kyoushitsu
  • Also known as: The Queen's Classroom
  • Format: Renzoku
  • Genre: School, human drama
  • Episodes: 11 + 2-part special
  • Viewership rating: 16.9
  • Broadcast network: NTV
  • Broadcast period: 2005-Jul-02 to 2005-Sep-17
  • Theme song: Exit by EXILE
Sinopsis: 
Mengisahkan seorang cikgu gred 6, Akutsu Maya, yg digelar cikgu dari neraka. Perjalanan selama setahun mendidik anak muridnya dengan cara yg agak keras supaya menjadi manusia berguna.

Ohh...sukanya Amami berlakon..
dlm cerita ni,mmg ganas betul muka dia..
kalau nak tgk soft side dia, kena layan drama special 2 episod pulak.. :)

memang susah nak ajar budak-budak jadi dewasa dan bertanggungjawab
kalau silap ajar, cikgu pulak yg akan disalahkan
mmg betullah cara Akutsu Maya mengajar
dia create problem dan biarkan pelajar cari cara nak selesaikan problem utk kuatkan hubungan sesama rakan sekelas..

budak-budak kalau disuruh,mmg taknak dengar
kalau dengar pun sekejap je, lepas tu lupa
bila diorg sendiri yg alami perkara-perkara sukar dlm hidup, barulah akan timbul rasa mahu menyelesaikan masalah dan berdikari..
org tua-tua kata 'belajar dari pengalaman'

kalau kita asyik ckp, kena buat mcm ni, kena berkerjasama, kena buat baik dengan rakan,bla bla bla
cakap teori mmglah boleh, tapi takde peluang nak suruh budak-budak aplikasikan..
mungkin sebab tu budak-budak terlalu bergantung dengan org dewasa.
sebab rasa secure..ade masalah je report kat mak ayah.
takde perasaan nak fikir dan settlekan sendiri problem hidup dia..

rasanya semua cikgu kena fikir mcm mana nak didik anak murid dgn cara betul
bukan ada 1 cara je kat dunia ni,ada beribu2 cara nak didik anak murid..
pilih yg terbaik dan boleh diaplikasi di sekolah kita.
ada 2 blog yg mula famous menggunakan cara didikan Rasulullah s.a.w kepada pelajar2 kelas corot.. (http://khairulaniza.blogspot.com/  dan http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/)
mmg nampak perubahan dan terkesan pada budak-budak..

cikgu yg nak mengajar pun kena belajar jugak
bukan boleh main hentam je sebab takut terbagi ilmu sesat nanti..
walau apapun kaedahnya, pastikan anak didik kita dpt belajar ilmu kehidupan..
bukannya ilmu pengetahuan di sekolah sj yg perlu diterapkan..

ingat,budak2 bukan robot utk kita terapkan idea kita pada mereka..
kita tak dpt jadi doktor, kita paksa anak kita jadi doktor..
kita tak dpt jadi kaya, kita paksa anak kita belajar pandai-pandai supaya jadi kaya
jelaskan pada mereka apa pentingnya ilmu dan biar mereka cari sendiri apa yg mereka suka dan minat..
kalau betul cara kita didik, tak mustahil budak tu sendiri akan timbul minat nak jadi doktor atau pelbagai jenis kerja profesional yg lain..
coraklah kehidupan masa depan yg cemerlang utk mereka..

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment