Pages

Tuesday, June 19, 2012

Jepun - Gonzo

  • Title: ゴンゾウ
  • Title (romaji): Gonzo
  • Tagline: 伝説の刑事 / Densetsu no Keiji / The Legendary Detective
  • Format: Renzoku
  • Genre: Detective
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 10.7 (Kanto)
  • Broadcast network: TV Asahi
  • Broadcast period: 2008-Jul-2 to 2008-Sep-10
  • Air time: Wednesday 21:00-21:54 
Sinopsis:
Mengisahkan seorang detektif hebat bernama Kuroki, menjadi trauma akibat satu kes, dan tidak boleh berkerja dan dipindahkan ke jabatan peralatan. Satu hari, dia terlibat dalam satu kes dan menyebabkan dirinya terpaksa menjadi detektif semula. 

ohh...rupanya cerita ni menang award utk best script writer... patutlah best...!
jalan cerita mula-mula agak slow..
tapi satu episod je dah mengubah persepsi menjadi best dan kami terus layan smpi episod 5 dlm 1 malam..! haha

cerita mcm ni boleh dianggap sebagai cliche
polis yg lemah semangat selepas gagal 1 kes..
cuba membunuh diri dan akhirnya dipaksa utk selesaikan kes sampai habis..

yg menjadikannya lain dari yg lain, episod-episod akhir barulah kita tahu yg dia itu bukan pembunuh..
mula-mula dah syak seseorang tu sbg pembunuh, tapi lepas ditunjukkan bukti depan mata, kita nak cepat-cepat close case supaya boleh tidur..
kita terlupa rupanya script writer boleh pusing itu cerita 180 darjah la..

mata yg tadinya dah layu,kuyu, terus segar sebab nak tahu siapa pembunuh..
sebab dah biasa tgk cerita detektif, mmg dah boleh agak dah siapa pembunuh 
cuma nak tahu,betul ke tidak intuisi kita tu sebagai detektif.. :)

pelakon utamanya ialah pembawa watak Sakamoto Ryoma dalam drama Jin..
memang best dan kelakar..
yg penting watak doktor mental tu mmg I minat habis dari drama-drama dia dalam Iryu dan juga Around 40.. 

'is there love in this world?'
dan soalan itu terjawab dalam siri terakhir..

cinta dan kasih sayang itu wujud, selagi kita mahu mempercayai kewujudannya..
kita bernafas sehingga ke hari ini ialah bukti hadirnya kasih sayang..
kasih sayang dari Tuhan yg mahukan kita hidup sehingga ke waktu ini, utk merasai nikmat yg disediakan oleh-Nya..
utk merasai pahit getir kehidupan dan berubah menjadi insan yg lebih baik dari sebelum ini.
memberi peluang kepada mereka yg berbuat silap supaya bertaubat dan menjadi hamba yg taat..
itulah kasih sayang yg MUTLAK dan MAHA AGUNG..

seperti kata-kata si Gonzo, "baru aku tahu bahawa hidup matiku bukan aku yg tentukan" setelah percubaan membunuh diri berkali-kali akhirnya gagal..

apakah erti hidup kita?
yg kenal agama, akan memberi jawapan dari segi agama
yg kenal sains, akan memberi jawapan dari segi sains
yg kenal cinta, akan memberi jawapan dari segi cinta..
walau apa sekalipun keutamaan kita, beringatlah bahawa erti hidup kita pada masa ini penentu bagaimanakah kita akan hidup selepas dibangkitkan dari mati kelak..

Selamat Menonton...!

p/s: Salam cinta, kasih dan sayang kepada pembaca, terutamanya  incik suami... :)

No comments:

Post a Comment