Pages

Tuesday, June 12, 2012

Jepun - Ninkyo Helper

  • Title: 任侠ヘルパー
  • Title (romaji): Ninkyo Helper
  • Also known as: The Chivalrous Helper
  • Format: Renzoku
  • Genre: Human drama
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 14.9 (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2009-Jul-09 to 2009-Sep-17
  • Theme song: Sotto Kyutto by SMAP
Sinopsis:
Tsubasa Hikoichi ialah seorang yakuza yang menjalankan aktiviti pinjaman haram di Roppongi.Hikoichi seorang yg kejam,tidak berhati perut dan tidak rasa bersalah apabila menipu duit orang-orang tua. Ketika ketuanya mati, Takayama Gensuke, ketua yg baru dilantik, mahu ketua-ketua muda bagi setiap kawasan  bersedia utk menjadi penggantinya kelak. Oleh itu dia menyuruh kesemua ketua-ketua muda untuk menjadi pembantu di rumah orang-orang tua, iaitu Pusat Penjagaan Taiyo sebagai satu latihan.

Mcm mana ye nak bagi kesimpulan kepada drama yg best mcm ni?
sgt sgt menarik...boleh bagi bintang penuh!
siapa yg sangka yakuza yg kasar dan ganas boleh jadi helper di rumah orang-orang tua?
tapi seorang yakuza memang dikenali dgn kekuatan fizikal mereka
jadi mereka tak cepat letih mcm orang biasa..

zaman sekarang ni, orang-orang muda keberatan nak jaga orang-orang tua sebab mereka taknak kehilangan hidup mereka...
mereka masih ada cita-cita yg nak dicapai..
masih ada benda yg belum mereka rasa..
lepas penat berkerja, mereka nak enjoy..
bukannya lepas balik kerja,kena jaga orang tua yg tak berdaya..
itu,fikiran kebanyakan mereka yg tidak tahu bahawa pahala menjaga orang tua terutamanya ibu bapa sendiri adalah BESAR..

tapi ada jugak ibu bapa yg rela duduk di rumah penjagaan sebab taknak susahkan anak-anak
dan mereka lebih suka bergaul dgn org yg sebaya dgn mereka di rumah penjagaan...
hanya orang tua yg memahami perasaan orang tua..

sistem rumah orang-orang tua perlu dipastikan mesra masyarakat
supaya mereka tak kesunyian dan sentiasa hidup gembira kerana usia yg sudah semakin lanjut..
bila semakin tua,mereka semakin cerewet,ada yg nyanyuk,sgt sensitif dan sukar dikawal..
lebih teruk lagi ada yg memberontak dan bersikap ganas..
sebab tu helper kena lembut dan tegas pada masa yg sama..

berbalik pada drama tadi, setiap episod ada cerita yg nak disampaikan..
tidak salah jika dikatakan semua episod tu adalah satu kenyataan dan pernah terjadi kepada kebanyakan warga tua di dunia..
ada warga tua yg didera oleh kaum keluarga sendiri kerana hilang sabar utk menjaganya, ada yg ditipu duit oleh sukarelawan, dan berbagai lagi kesulitan hidup.. 
setiap manusia, walau yakuza sekalipun, masih ada perasaan kasih sayang yg wujud dlm hati mereka..
perasaan itulah yg perlu diasah supaya setiap seorang dari kita tidak hilang rasa kasih dan cinta kepada warga tua..

kita sendiri tidak tahu dimana kita akan mati,pada usia berapa,berseorangankah ataupun dikelilingi kaum keluarga,mati semasa dibenci ataupun mati ketika masih dikasihi oleh orang sekeliling...
sebab itu kita kena berusaha dgn sabar menjaga orang-orang tua yg dekat dgn kita..
itu je yg kita termampu buat utk tolong meringankan beban pusat penjagaan warga tua...
"what goes around comes around"..
apa yg kita buat harini,mungkin akan terjadi pada kita suatu hari nanti..
oleh itu kena selalu buat baik dan berkata yg baik-baik..

Selamat Menonton...!

No comments:

Post a Comment