Pages

Wednesday, July 11, 2012

Drama Jepun - Answer

  • Title: Answer~警視庁検証捜査官
  • Title (romaji): Answer ~ Keishichou Kenshou Sousakan
  • Format: Renzoku
  • Genre: Crime
  • Episodes: 9
  • Viewership rating: 9.6 (Kanto)
  • Broadcast network: TV Asahi
  • Broadcast period: 2012-Apr-18 to 2012-Jun-13
  • Air time: Wednesday 21:00
  • Theme song: Two Hearts by Miura Daichi
Sinopsis:
Mengisahkan seorang polis wanita yang dipindahkan ke Evidence Verification Section kerana suatu kes. Di seksyen tersebut, dia berusaha untuk mencari penjenayah sebenar bagi setiap kes yg dirasanya terdapat keraguan yang masih belum selesai.

"Tengok cerita ni. Mcm best je kalau beli.."
"A'ah la..mcm best.jum beli!"

Balik rumah dah tak sabar nak tgk..
Bila layan, terus rasa "eee...bestnye..!" 
Dalamnya tak byk pelakon popular..
Heroin pun taktau siapa...
sekali tgk mcm muka Yana Samsudin..
bila cari dalam internet, rupanya dia sgt popular.
penyanyi,pelakon dan model
dia dah byk berlakon drama, tapi satu drama pun kami tak pernah tgk..
mcm mana boleh missed pelakon hebat ni? huhu

pekerja bawahannya terdiri daripada 3 orang yg boleh dikatakan sudah hilang minat menjadi polis..
mereka hanya memperbetulkan kesilapan ejaan pada laporan yg dibuat oleh jabatan siasatan jenayah dan dihantar kepada pendakwaraya utk proses pengadilan..
seorangnya pantang tgk ejaan silap
seorang lagi selalu ada masalah dgn anak
yg paling muda, suka buat kerja di pejabat
bila mereka dapat bos baru, mula berubah dan rasa excited nak siasat kes

cerita ni boleh dikatakan banyak pengajaran..
kita jgn terlalu confident sgt dgn kesimpulan dan siasatan yg kita buat
boleh jadi, hasil akhirnya berlainan dari yg kita fikir.
lebih-lebih jika kita memegang tanggungjawab menjaga keamanan negara, contohnya polis.
kena kaji betul-betul setiap kes.

kalau rasa ada benda yg tak logik, kita kaji semula sampailah kita rasa dah puas hati dgn hasil siasatan kita sendiri..
jgn nanti kita disalahkan kerana penjarakan orang yg tak berdosa.
kalau orang tu maafkan kita, takpela..
kalau dia berdendam sampai mati?
ha..jawablah nanti di depan Tuhan pencipta alam..

agak-agaknya di negara kita ni sendiri, ada ke tak polis mcm ni?
polis yg betul-betul berkhidmat utk orang yg teraniaya, tanpa mengambil kira latar belakang dan parti politik mangsa?

sama juga dgn isu-isu semasa.
kalau kita rasa ada benda yg tak kena, kita jgn percaya ckp mereka bulat-bulat
kita kaji sendiri..cari kebenaran walaupun ianya pahit utk ditelan..
sekurang-kurangnya kita tak bertindak menghukum seseorang yg tidak bersalah dgn kata caci dan maki..

walau apa pun alasannya, bertindaklah mengikut kata akal
jangan biarkan diri kita menjadi alat yg dikawal oleh nafsu

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment