Pages

Wednesday, July 18, 2012

Jepun - The Locked Room Murders

  • Title: 鍵のかかった部屋
  • Title (romaji): Kagi no Kakatta Heya
  • Title (English): The Locked Room Murders
  • Tagline: 密室は、破れました。
  • Tagline (romaji): Misshitsu wa, yaburemashita.
  • Format: Renzoku
  • Genre: Locked room mystery
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 16.0% (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2012-Apr-16 to 2012-Jun-25
  • Theme song: Face Down by Arashi 
Sinopsis:
Mengisahkan seorang pekerja di syarikat keselamatan, Enomoto Kei yg berusaha utk mempertingkatkan keselamatan kliennya setiap hari. Walaubagaimanapun dia terjebak dengan penyiasatan pembunuhan di dalam bilik berkunci setelah menerima pelawaan dari seorang peguam baru, Aoto Junko dan majikannya Serizawa Gou.

Rasa-rasanya takde lagi tema seperti ini dlm drama penyiasatan lain.. 
mmg khusus utk kes pembunuhan di bilik bertutup..
tujuan pembunuh yg ingin membuat mangsa seperti membunuh diri, nmpknya gagal dengan kehadiran Enomoto yg hebat.. :)


kebanyakan kes bermotifkan harta..
pembunuh pun kita dah boleh agak siapa
cuma nak tahu mcm mana nak buat bilik bertutup

ada mcm-mcm ilmu yg diaplikasikan di dlm drama ni
contohnya biologi, geologi, fizik, dll
yg tak syoknya, polis lah..
taknak usaha sungguh-sungguh utk dapatkan pembunuh
senang-senang je buat kesimpulan mangsa bunuh diri..
sedangkan motif utk terjadinya pembunuhan lebih kuat..


mcm mana ye kalau kita sendiri jadi polis?
gigih dan amanah tak dlm bertugas?
dakwa org yg betul-betul bersalah atau org yg teraniaya?
nmpknya kerja polis ialah kerja yg byk kena menjawab di akhirat kelak..
itupun kalau boleh jawab,kerana nanti di sana yg akan menjawab ialah anggota tubuh kita,
yg menjadi saksi atas segala perbuatan kita..


Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment