Pages

Monday, August 27, 2012

Status yg tertangguh

Lama jugak berehat dari segala treatment utk mendapatkan zuriat..
bulan terakhir buat rawatan ialah bulan Mac 2012..

ya.. kami agak sibuk sekarang kerana dlm perancangan nak beli rumah sendiri.! yey..
sebab tu mcm agak melupakan sikit stress zuriat ni..tapi tak berhenti berusaha. 
cuma masa-masa bersama tidak dapat dioptimumkan kerana sibuk dgn hal-hal yg bersimpang siur setiap kali masa subur..dugaan..

insyaALLAH..
dah hantar application kepada bank-bank pilihan utk proses loan..
sedang tunggu jawapan..dub dab dub dab.. lepaih ka?

ada rezeki lebih sikit utk beli rumah.
jadi taknak tangguhkan lagi
usia pun makin bertambah..
harga rumah makin mencanak naik..
kalau tak beli sekarang, takut2 kena duduk negeri lain, tapi kerja kat KL sebab harga rumah dah cecah juta!..aduyhaii..ter..ber..

sebelum buat IUI ke-3 tu kami mmg dah buat keputusan
kalau tiada rezeki lagi, nak teruskan dgn beli rumah
kemudian kumpul semula duit utk buat IVF..
kos buat IVF bukan murah dan peratusan utk berjaya tak smpi 50-50 pun...
boleh buat bayar booking rumah sejibik..
oleh itu perlulah ada perancangan yg teliti.. 
insya Allah rezeki dari Allah akan datang bila Dia dah tetapkan waktunya :)

masa-masa macam ni lah kena fikir semula priority dan benda yg berada dalam jangkauan kita, dan kita rasa boleh diusahakan...
contohnya beli rumah
belum tentu dapat, tapi insyaAllah kalau betul jalan dan perancangannya, boleh digapai cita-cita yg satu ini..

ya..rumah itu jugak termasuk dlm rezeki yg ditentukan Allah.
sama juga dgn anak..
tapi stress level -nya  agak jauh berbeza..
kalau p open house ( oohh..selamat hari raya ) , orang tak tanya, "dah beli rumah ke belum?"
kerapnya orang bertanya, "dah kawin ke belum?" , "dah ada anak ke?berapa anak?" , "berapa anak yg dah lepas (dah kawin) ?"...

makanya...
marilah kita cuba utk kurangkan tekanan diri sendiri dan mencari sesuatu yg kita boleh buat..
tapi beli rumah pun stressssss jugak..!
sapa yg kata tak stress tu mmg orang yg dok main property hari-hari..
beli, jual, beli baru,jual lagi..
rezeki masing-masing, jangan dok jeles sgt cheq no...

musim raya ni, mmg akan ada soalan mengancam jiwa dan meluluhkan jantung
tapi biasalah, buat dono jer..
alah bisa tegal biasa..
yg penting jgn sesekali diri ini rasa nak berputus asa.
takut-takut dah syiok hidup berdua, terus lupa nak meminta pada yg Kuasa..
Astaghfirullah.. moga dijauhkan kami dari lagha dunia..
dan moga kami akan terus merintih meminta pada-Mu Ya Allah..

mari kita menggantikan puasa yg tertinggal di bulan Ramadhan dan berpuasa 6 dlm bulan Syawal yg mulia ini.

Taqabbalallahu minna wa minkum..!

p/s: la ni ghajin dok dengaq cd UAI..mau bikin hobi baru dlm kereta..buat perkara yg baik-baik Allah suka.. :) Pandanglah kami Ya Allah dgn pandangan kasih sayang-Mu..

No comments:

Post a Comment