Pages

Friday, September 14, 2012

Apa yg kena tahu pasal beli rumah?

baaaaaaaaaaaannnnyyyaaaaaaaaaaaakkkkk benda kena tahu..
dipaksa ambik tahu
terpaksa belajar utk tahu
buat-buat tahu pun banyak
buat-buat tak tahu lagilah banyak
semuanya kena rajin dan byk kena ambil inisiatif sendiri..

nak tgk proses satu persatu, mmglah byk
yg tu boleh baca di blog mereka-mereka yg pakar bab-bab hartanah ni
bagi first timer mcm kami, bolehla nak bgtau sikit-sikit (??!!) 
  1. bila start recce rumah ni?dah lama..cumanya takde jumpa pun yg berkenan dan mampu.. takde lah pegi cari secara fizikal..semuanya carik secara maya.. mudah, iproperty, rescom dan segala mak nenek property blogs yg kami redah. 
  2. sekali terjumpa satu rumah yg over budget (hahaa).. saja je nak cuba,buat appointment dgn ejen dan pergi tgk rumah.. hubby sekali tgk dah berkenan, tak kesah walaupun harga agak mahal..masa ejen diskaun 5k, takdelah rasa nak beli lagi.dgr jela dia bebel ttg proses nak beli rumah.dia kata, kalau tak dpt loan 90% dari bank, dia akan pulangkan duit 3% yg dikira sbg booking kepada kami..
  3. bgtau parents. diorg kata, mahal?! haha..mmglah, sekarang mana ada rumah murah yg selesa..sampai rumah, pk balik masak-masak,siap solat istikharah lagi..takdelah berat sgt keinginan nak beli.. tapi hubby dah tekad nak beli rupanya bangun pagi tu..tah mimpi apelah agaknya malam tu..hehe
  4. esok pagi prepare duit booking dlm bentuk bank draf, dan diberi kepada ejen waktu malamnya. ejen kata dia akan beri no telefon hubby kepada pihak bank. jadi tunggu jelah call dari bank. tapi saya tak reti duduk diam, pergi ke bank islam bersebelahan ofis dan tanya hal-hal pinjaman perumahan ni..mcm-mcm jugak yg dia ajar.
  5. akhirnya, hantar dokumen kepada bank-bank pilihan. ada hantar secara softcopy, ada yg hardcopy. takde minta quotation pun.main redah je hantar. antaranya Bank Islam, Maybank Islamic, Public Bank,Alliance Bank dan RHB (ini malas dah nak hantar sebab lmbt sgt dia call).. tapi condition-nya mestilah guna Islamic Scheme
  6. tunggu je la bank mana yg bagi Offer Letter (OL) dulu..kemudian pertimbangkan tawaran masing-masing, yg paling utama BFR. akhirnya kami pilih Public Bank Berhad, sebab dia buat OL kejap je dah siap. itu pun kena paksa buat credit card. takpe, lepas je disburse loan, kita cancel credit card..huhu..kalau pegi mana-mana bank pun, sama je..kena paksa buat credit card,kalau nak rate -2.4.. kalau tak buat, dpt -2.3 jer.. 
  7. sebelum loan approve, ejen dah bagi nombor HP peguam utk uruskan S&P pula. peguam akan bagi quotation, kita mintaklah diskaun ape yg patut.. dengan inisiatif sendiri, saya pun emel lah quotation tu kepada kawan saya yg jugak seorang peguam. dia kata price tu reasonable..cuma kalau buat S&P dgn kawan dia (ada company sendiri), takpyh byr utk caveat.. byk jugak boleh save utk caveat tu..sebab tu lah hubby mintak diskaun  dprd lawyer, dan dia beri dlm 1k.. ok kot? (lawyer boleh cari sendiri atau ejen propose).
  8. sekarang kami tengah tunggu S&P siap, dan nak sign depan owner asal rumah ni. masa ni kenalah prepare balance 7% dari harga rumah utk dibayar pada ejen. tidak dilupakan juga legal fees S&P..lepas selesai sign S&P, tunggulah bank disburse loan ke akaun owner..yg ni kena selalu follow-up, sebab kalau terlebih dari tempoh masa iaitu 3 bulan dari tarikh sign S&P, kena penalti...mahal ooo...!
  9. dalam dok buat perkara-perkara di atas, kami siapkan juga senarai benda-benda yg perlu dibuat lepas dpt kunci.. inilah yg memeningkan kepala..sebab semuanya kena guna duit..ya..KERTAS yg bernilai..antaranya:   
  • Grill - ni penting. kalau masa renovation tak pasang grill, kemungkinan barang-barang yg dah beli dlm rumah akan hilang...
  • Plaster ceiling - kawasan-kawasan utama je
  • Kitchen cabinet - ini yg paling mahal dan pening kepala skali
  • Piping, wiring
  • Pasang tile mana2 yg patut 
  • Lighting - serah pada hubby yg lebih berjiwa seni
  • Kipas & penghawa dingin
  • Barang-barang dapur - hood, hob, oven, sink,tap, dll
  • Curtain Rail 
  • Langsir
  • Built-in cabinet - bilik utama je..
  • dan benda-benda yg belum terpikir lagi..
Bukan senang nak beli aset ni sebenarnya
lagi-lagi rumah yg kita nak tinggal lama.
kalau rumah beli buat sewa, mungkin tak pening sgt kot, sebab lepas sewa kat org,boleh dpt duit extra..
kalau rumah sendiri, buat cantik-cantik, duduk sendiri,sendiri byr loan..
apa yg penting, lepas ni takdelah rasa rugi sgt byr tiap-tiap bulan
sebab byr utk rumah sendiri..?!
bukan.. ini kesilapan besar. leasehold bukan rumah sendiri
seperti kata Dr Zaharuddin dlm Ikimfm, leasehold ialah sewa, tapi dlm masa jangka panjang..
lepas habis tempoh pajakan, kena bayar duit utk lanjutkan tempoh.
kalau Majlis taknak tambah tempoh, dia boleh bagi pampasan, dan kita kena keluar...
itulah ruginya status leasehold

ape misi selepas ini?
kumpul duit, keluar duit,kumpul duit,keluar duit..

semoga apa yg kami usahakan ini diberkati Allah dan dijauhkan dari perkara-perkara buruk.
usaha membina Baiti Jannati..
InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment