Pages

Wednesday, September 5, 2012

Jepun - Ataru

  • Title: ATARU
  • Format: Renzoku
  • Genre: Mystery
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 15.4% (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2012-Apr-15 to 2012-Jun-24
  • Air time: Sunday 21:00
  • Theme song: Jiyuu e Michizure by Shiina Ringo 
Sinopsis:
Ataru, penghidap 'savant syndrome' mempunyai kuasa luar biasa untuk memerhati, melihat secara lebih terperinci dan mampu membuat penyiasatan bagi kes-kes yg tidak dpt diselesaikan oleh pihak polis.
Ataru berjumpa dengan Ebina, seorang detektif perempuan dan dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Chokozai' .Dari situ dia sentiasa bercakap tentang klu-klu yg berkaitan dengan penyiasatan dan pihak polis cuba menyelesaikan kes berdasarkan klu-klu tersebut.

Apa itu savant syndrome
nak baca panjang-panjang, boleh rujuk di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Savant_syndrome
kalau nak tahu yg pendek, savant syndrome ni penyakit dimana seseorang tu ada kelebihan  luar biasa atau bahasa pasarnya Genius.
  1. sebahagian penghidap autisma menunjukkan kemampuan yg ada pada savant
  2. kebanyakannya adalah lelaki kerana hormon testosteron meningkat sgt tinggi semasa masih janin
  3. cemerlang dlm 5 bidang iaitu muzik, seni, penghitungan kalendar, matematik dan mekanikal atau kemampuan spatial
  4. daya ingatan yg luar biasa
  5. biasanya bawaan sejak lahir atau ada kecederaan pada otak masa bayi,kanak-kanak atau dewasa
  6. kelebihan mereka tidak akan hilang dan jika terus dilatih dan digunakan, akan terus meningkat
kalau drama The Locked Room Murders boleh menang award, drama Ataru ini juga boleh menang pada season akan dtg! huhu


Heronya siapa?
tak kenal..tapi dia dah byk berlakon drama..
cuma bukan taste kami..

drama Ataru mmg terbaik..!
sebab ia menceritakan manusia yg kita selalu gelar disable, ada kelebihan yg sgt hebat

ability yg hebat, kalau digunakan pada tempat yg betul, insyaAllah hasilnya akan memberi manfaat kepada ramai pihak..


dlm drama ini, ada juga penghidap penyakit yg pelik2
contohnya absolute pitch.. bukan takat boleh dengar nota muzik je
siap boleh teka frekuensi bunyi lagi..serius hebat

kalau ikut kajian, sebyk 70% orang di Jepun ada absolute pitch..

patutlah lagu diorg sedap2 dan tak lari tone..
kalau kat Malaysia, ramai yg deaf tone..
absolute pitch ini boleh dilatih utk dapat kemahiran tu
ada juga yg mmg dari kecik lagi dh ada absolute pitch

ada juga penyakit yg badannya boleh discharge elektrik sehingga mengganggu peralatan elektrik di sekitar..
penyakit yg boleh join group HEROES..
tapi mmg ada sesetengah orang yg lebih sensitif pada elektrik statik.
selalu jadi mangsa bila pegang troli di supermarket... 

berbalik pada drama ini, ada part-part yg sedih,marah,bergaduh...
tapi emosi-emosi tu kerap akan terbatal sebab ada watak-watak yg akan kacau supaya kita tak layan...haha
mmg terbaik lah director ni buat cerita..
layan emosi lama-lama pun tak best...

apa-apa pun, sgt seronok bila dpt melihat dimensi lain bagi cerita penyiasatan
tak pernah lagi dengar savant syndrome..
igtkan sama dgn autisma
rupanya tidak..
kena byk lagi membaca tentang rare syndrome

Selamat Menonton..!

No comments:

Post a Comment