Pages

Wednesday, September 5, 2012

Traditional Remedy

beberapa bulan lepas, kawan ofis ada beri Rumput Kebar (utk perempuan) dan sarang semut (utk lelaki)  utk tujuan kesuburan..

boleh rujuk disini..http://www.kafeherbal.com/

katanya bagus utk pekatkan air mani.. 
utk perempuan pulak, tak sure apa khasiatnya
mula-mula rebus, rasanya,,,Ya Allah..tak boleh masuk tekak
tapi lama-lama rebus dah ok rasanya..

siapa nak cuba, bolehla beli online
kawan kata harga mahal
tapi orang dh bagi free, bedal ajelah..

buah zuriat yg beli dulu dok ada lagi
tak minum pun
minum sehari dua, dah giveup sebab rasanya tak boleh telan langsung..

tapi betul ke bagus sgt buah zuriat ni?
ramai jugak yg dah berjaya hamil, tapi diorg sendiri tak pasti rawatan mana yg membantu
sebab selalunya orang yg TTC, akan try semua benda sekali 
kalau ada semua depan mata, semua nak cuba serentak
nak bagi lagi cepat?
taklah..itu semua kuasa Allah
cepat ke lambat ke, kita mana tahu
boleh jadi lmbt bagi kita, tapi bg Allah itu lah waktu yg tercepat dan paling sesuai utk kita

jadi bagi kita yg TTC semua ni, betul-betul kena redha
tahap sabar kena tinggi melangit
telinga pun kena sentiasa tebal je
mulut plak kena control

ya..kita yg diuji ini boleh menjadi lebih tabah dari org lain
bersyukurlah sebab bila kita ada sifat tabah dan sabar yg tinggi dari sekarang, 
nanti bila dah ada anak, kita akan lebih sabar dlm menghadapi perangai dan kerenah anak-anak..
insya Allah kita tak jadi terlalu pemarah, kurang sabar dan peleter mcm org lain.
sebab apa?
sebab kita tahu yg kita telah usaha bersungguh-sungguh utk dpt anak
mana mungkin kita nak mensia-siakan zuriat yg akhirnya Allah pinjamkan kepada kita?

semoga usaha kita ini akan menuju ke arah itu kelak...

Amin...

No comments:

Post a Comment