Pages

Thursday, December 13, 2012

Jepun - Usagi Drop

  • Movie: Bunny Drop
  • Romaji: Usagi Drop
  • Japanese: うさぎドロップ
  • Release Date: August 20, 2011
  • Runtime: 114 min.
  • Genre: Drama / Family / Father & Daughter / Award Winning
  • Language: Japanese
  • Country: Japan 
Sinopsis:

Mengisahkan Daikichi, seorang lelaki yg kematian datuknya,pulang ke kampung untuk menghadiri upacara pengebumian. Walaubagaimanapun dia dikejutkan dengan berita kehadiran anak datuknya,Rin, berumur 7 tahun. Dia menawarkan diri utk menjaga Rin kerana ahli keluarga yg lain bercadang utk menghantar Rin ke pusat kebajikan.

mm......filem ni diambil dari anime Usagi Drop.
anime memanglah best. 
tapi bila dah buat filem, mcm tak umphhh pulak..

siapa yg tak pernah layan anime, mungkin rasa filem ni menarik
nasihatnya, jgn layan anime dulu kalau nak rasa tertarik..

bila lelaki muda yg tiada pengalaman jaga budak kecik, mmg ada harapan lah nak jadi mcm filem ni..
susah ke?
mmg lah susah..
bukan takat nak pk mkn minum je..
byk hal lain kena pk
belum lagi bila budak-budak tanya soalan pelik-pelik
atau buat perangai pelik..

tapi budak kecik mmg akan menjadi penyeri bg setiap keluarga
tak kesahlah perangai yg mcm mana
kita dah besar,dah ada didikan,kitalah yg kena kawal keadaan.

kasihan budak-budak yg ditinggalkan ibubapa krn mengejar impian dan cita-cita
jgn tersilap langkah andaikata kita berada di tempat mereka
kerana keputusan kita hari ini, tentunya akan beri pengaruh besar dlm kehidupan kita masa akan datang..


kalau sekarang kita tak ambil berat anak-anak,
jgn marah kalau mereka dah besar, buat tak endah dgn kita

doa yg Allah galakkan kita membacanya ialah " Kau peliharalah ibubapaku sebagai mereka menyayangiku ketika kecil "
masa kecil,kita sayang gila-gila
taknak lepas,peluk dukung cium setiap masa
bila dah besar,dah terbit perangai-perangai nakal, kita pun dah hilanglah sayangnya..
maka jadilah kita manusia yg tidak mensyukuri nikmat yg Allah berikan
anak itu kan rezeki dan nikmat?

filem yg penuh pengajaran dan buat kita terfikir tentang byk perkara..
terutamanya bagaimana anak-anak kecil menghadapi kematian org tersayang.
mungkin dia tak tunjukkan emosinya pada org dewasa.
budak kecik atau org dewasa,kedua-duanya manusia yg dilahirkan beremosi..

Selamat Menonton..!

p/s: apa makna 12.12.12 pada anda?

No comments:

Post a Comment